Profile
Joinis Longkiad
Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 96 on Sun Sep 22, 2024 8:13 am
Latest topics
» Panduan Menggunakan Blog Forum (PMBF)by Admin Tue Nov 07, 2017 5:14 pm
» sejarah perang dunia
by vandy_roness Sat Nov 04, 2017 1:26 pm
» SEJARAH KERTAS 3
by Max Bohiemea Tue Oct 31, 2017 7:19 pm
» Bilangan online 26okt2017
by Admin Fri Oct 27, 2017 8:00 pm
» Promosi portal ini kpd murid2 lain
by Admin Fri Oct 27, 2017 7:59 pm
» PENDAPAT ANDA TENTANG BENGKEL HARI INI 26 OKTOBER 2017
by Admin Fri Oct 27, 2017 7:57 pm
» Tamadun hwang ho
by OliverJayL Fri Oct 27, 2017 5:14 pm
» sejarah
by Nor Khidzanah Thu Oct 26, 2017 12:21 pm
» BAB 4 : Kehidupan nabi sebelum menjadi rasul
by Max Bohiemea Thu Oct 26, 2017 12:15 pm
» sejarah
by Max Bohiemea Thu Oct 26, 2017 12:13 pm
NOTA BAB 1
SEJARAH :: KURIKULUM :: SEJARAH :: MENU 1 : SENARAI BAB
Page 1 of 1
NOTA BAB 1
Nota bab 1 Tingkatan 4
Pengertian Tamadun | |||
Mengikut Bahasa Arab | Bahasa Inggeris | Konsep Tamadun Mengikut Barat | Konsep Tamadun Mengikut Islam |
Mudun, madain, madana bermaksud Ketinggian budi bahasa dan Pembukaan Bandar | Civilization yang berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas yang bermaksud Bandar | Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran | Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah |
Tokoh | Pendapat Tentang Tamadun |
Gordon Childe | Pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat |
Darcy Riberio | Menolak unsur rohani sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah sahaja |
Syed Naquib al-Attas | Tamadun ialah satu pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat |
Richard Sullivan | Mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun |
1.2 Ciri – Ciri Tamadun.
1. Manusia menjadi lebih kreatif untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling
2. Ia bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohani mereka.
3. Ia merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.
Proses Pembentukan Tamadun
1. Proses pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan Bandar Baghdad.
2. Bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke Utara termasuk kawasan sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria.
3. Bahagian Selatan bandar Baghdad pula meliputi kawasan sungai Tigris dan sungai Euphrates yang hampir bercantum.
4. Kawasan ini dikenali sebagai Babylon yan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di Selatan.
5. Perkataan Sumeria berasal daripada nama kuno yang merujuk kepada wilayah di selatan Iraq iaitu Sumer.
6. Kawasan ini, pada awalnya didiami oleh etnik Semitik dan orang yang tidak diketahui asal usulnya
7. Tamadun Sumeria bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer.
8. Orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini.
9. Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus tanah dengan membina sistem pengairan.
10. Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.
11. Perkampungan awal kemudiannya berkembang secara evolusi kepada Bandar dan seterusnya beberapa buah Negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari.
12. Kesemua Negara kota ini terletak di sepanjang sungai.
Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia
Negara Kota
Negara Kota | Terbahagi Kepada : Pusat Kota, Tembok Kota, Luar Kota dan Pelabuhan |
Mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota | |
Terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar. | |
Rumah ibadat merupakan pusat sesebuah kota yang menjadi tumpuan masyarakat | |
Mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri | |
Kewujudan Sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai | |
Melalui jalan laut, Bandar atau Negara kota mudah dihubungi oleh wilayah sekitarnya | |
Jalan yang menghubungkan Sumeria dan Kota Mari merupakan jalan penghubung utama yang digunakan oleh pedagang luar Mesopotamia |
joinislongkiad73- Admin
- Posts : 74
Join date : 2015-08-02
Age : 51
Location : Keningau
SEJARAH :: KURIKULUM :: SEJARAH :: MENU 1 : SENARAI BAB
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum